Girl group

Grup vokal wanita atau kumpulan vokal wanita (Girl group) adalah kelompok penyanyi yang terdiri oleh beberapa wanita muda yang biasanya melakukan penampilan muzik vokal yang selaras dalam genre muzik popular. Ia dibezakan dengan kugiran wanita, di mana para anggotanya yang sama jantina ini memainkan alat muzik sambil bernyanyi dalam persembahan, namun pentakrifan ini kadangkalanya bertindih dalam keadaan tertentu..[1]Grup muzik sebegini muncul pada akhir 1950-an sebagai grup penyanyi muda yang bekerja sama dengan penulis lagu dan produser muzik di balik layar untuk membuat single hit, seringkali dengan nilai produksi yang mewah serta menampilkan atau melibatkan pemuzik studio ternama. Beberapa grup memiliki format berupa anggota tertentu menjadi vokalis utama sedangkan anggota-anggota lainnya menjadi vokalis pendukung. Pada masa selanjutnya, templat grup vokal wanita diterapkan pula untuk pelbagai format dan genre muzik seperi disko, R&B kontemporari, country dan pop.